Adat resam bermaksud peraturan yang diamalkan sejak turun temurun dalam sesuatu masyarakat dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan masyarakat itu. Antara contohnya ialah:
Melenggang Perut
Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh hingga lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin akan menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
Bersalin
Daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus.
Azan/Iqamat
Tanggal Pusat/Cuci Lantai
Adat ini biasanya dilakukan pada hari isnin atau khamis. Ia juga dikenali sebagai naik buai kerana selagi bayi tersebut belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya.
Memberi Nama
Selalunya, bayi itu akan diberi nama selepas 7 hari kelahirannya beserta melakukan adat cukur jambul dan membelah mulut.
Bersunat/Berkhatan
Adat bersunat bagi bayi perempuan dilakukan ketika bayi itu beberapa hari selepas dilahirkan ataupun sehingga berumur setahun lebih. Adat ini dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki pula ketika berumur 8 hingga 12 tahun. Adat ini dijalankan oleh Tok Mudim.
Majlis Perkahwinan
- Merisik
tujuan adat ini adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati seorang lelaki itu dan untuk menyelidik latar belakang si gadis.
- Meminang
setelah mengetahui gadis itu belum berpunya pihak lelaki akan menghantar satu rombongan peminangan dan adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan sebenarnya secara rasmi dan menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang.
- Bertunang
pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluaraga dan saudara-mara terdekat berserta beberapa hantaran dan majlis kenduri akan diadakan bersempena majlis pertunangan di rumah pihak perempuan.
- Akad nikah
- Majlis perkahwinan
kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar sebagai raja sehari.
Waktu Kematian
memberitahu tok imam agar mengkhabarkan kepada saudara-mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. mayat itu kemudian dikapankan dan diletakkan di tengah rumah. semasa mayat masih di rumah sebarang makanan tidak dibenarkan. kepada ahli keluarga terdekat dibenarkan mengucup mayat tapi air mata tidak dibenarkan menitis. sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda, seorang wakil atau waris memberi ucapan ringkas dan memohon maaf bagi pihak si mati.
Selepas Kematian
kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas mayat selamat dikebumikan. ia dilakukan pada hari 1,3,7,44 atau 100.